Wednesday, June 3, 2009

ASAM KARI PARI



Bahan2
  1. Bawang Merah & Putih - dimayang
  2. Halia - dimayang
  3. Halba campur (dlm satu sudu kecil penuh)
  4. Air Asam Jawa

  5. Tomato
  6. Cili Hijau

  7. Rempah Kari (2 packet yg kecil - basahkan rempah dengan air)

  8. Daun Kari

  9. Ikan Pari

  10. Minyak utk menumis secukupnya

  11. Kesemua bahan perasa
Cara memasak
  1. Tumiskan kesemua bahan yg telah dimayang & halba campur sehingga kekuningan
  2. Masukkan rempah kari, daun kari dan tumis sehingga garing (naik minyak)

  3. Masukkan ikan pari, kacau rata dengan rempah

  4. Masukkan sedikit air, biarkan mendidih sedikit

  5. Selepas itu masukkan air asam, bahan perasa

  6. Setelah melegak, masukkan tomato dan cili hijau

AYAM MASAK MERAH

Bahan2
  1. Cili Kering
  2. Tomato & Cili sos (brand Kimball)
  3. Bawang merah & putih
  4. Serai
  5. Halia
  6. Sedikit lengkuas
  7. Buah Keras
  8. Cili merah & hijau sebagai hiasan
  9. Garam, gula & bahan perasa (jika perlu)
  10. Minyak masak utk menggoreng ayam & menumis

Cara Memasak

  1. Goreng ayam (jgn terlalu masak)
  2. Blend cili kering, bawang merah & putih, serai, halia, lengkuas dan buah keras
  3. Tumis bahan yg telah di mesin sampai garing
  4. Masukkan sos tomato & sos cili, kacau rata
  5. Masukkan sedikit air dan kesemua bahan perasa
  6. Akhirnya masukkan ayam dan cili merah & hijau, kacau rata

NASI JAGUNG

Bahan2
  1. Bawang Putih (dimayang)
  2. Bawang Merah (dimayang)
  3. Bunga lawang/Kayu Manis/Buah Pelaga
  4. Halia (ditumbuk)
  5. Susu cair Ideal or Carnation (1 cawan : 1 gantang beras)
  6. Minyak Mazola (botol yg paling kecil : setengah botol utk 1 gantang beras)
  7. Sayur campur (jagung/kacang peas/carrot)
  8. Beras (sukatan air : contoh 3 pot beras, 6 pot air)

Cara Memasak

  1. Tumiskan bawang putih, merah, bunga lawang, kayu manis & buah pelaga sampai naik bau.
  2. Masukkan air sukatan beras, biarkan sehingga mendidih
  3. Masukkan susu & sedikit garam
  4. Masukkan beras dan tanaklah sehingga masak
  5. Setelah masak, taburkan sayur campur (yg telah dicuci & ditoskan) ke atas nasi.

Tuesday, June 2, 2009

SAMBAL IKAN BILIS PETAIKU



Bahan2nya
  1. Cili kering
  2. Bawang merah & Bawang putih
  3. Sedikit kunyit hidup
  4. Asam Keping
  5. Ikan Bilis
  6. Petai
  7. Minyak
  8. Sedikit garam, gula & perasa jika perlu

Cara2nya

  • Ikan bilis hendaklah digoreng garing (deep fried)
  • Menggunakan minyak yg sama, terus tumis bahan yg telah dimesin sehingga betul2 masak (kalau minyak banyak sangat, dikeluarkan sedikit)
  • Masukkan asam keping dan kesemua bahan perasa
  • Akhirnya masukkan ikan bilis & petai
  • Gaul rata dengan sambal & angkat