Friday, May 29, 2009

SAMBAL UDANG KELUARGAKU

Bahan2
  1. Udang Basah (dibersihkan, selalunya saya akan gaul dengan sedikit garam sebelum bilasan terakhir dan toskan)
  2. Cili kering
  3. Bawang Merah & Bawang Putih (lebihkan bawang putih)
  4. Sedikit kunyi hidup
  5. Asam Jawa
  6. Tahu (anggaran 3 ke 4 keping) - digoreng seketul2 dan kemudian dipotong 4 setiap satunya.

Cara2nya

  • Mesin cili kering, bawang merah & putih, kunyit hidup
  • Panas minyak secukupnya, tumis bahan yg telah siap dimesin
  • Tumis garing bahan mesin, masukkan sedikit air asam jawa, kacau rata
  • Masukkan udang
  • Masukkan garam, gula & bahan perasa jika perlu
  • Akhirnya masukkan tahu yang telah dipotong empat tadi

Thursday, May 28, 2009

ASAM PEDAS IKAN PARI KELUARGAKU

  1. Cili Kering
  2. Bawang Merah & Bawang Putih
  3. Kunyit Hidup (sedikit sahaja)
  4. Buah Keras (sebiji atau sebiji setengah memadai)
  5. Serai (diketuk shj)
  6. Daun Kesum
  7. Air Asam Jawa
  8. Ikan Pari : setelah bersih, saya lumur dengan asam jawa dan biar dia berperap sekejap, kemudian saya bilas dengan air dan toskan.
  9. Garam & perasa (jika perlu)

Caranya:

  • Mesinkan cili kering, bawang merah & putih, kunyit hidup dan buah keras
  • Panaskan minyak secukupnya.. tumis bahan yg telah dimesin bersama serai sampai garing (betul2 masak cilinya)
  • Masukkan air (agak2, jgn terbanyak sgt) & air asam jawa, kacau rata dan biarkan sampai melegak
  • Sedang melegak itu, masukkan ikan pari yg telah ditoskan tadi, sedikit gula & garam. Jika perlu, masukkanlah sedikit perasa.
  • Akhirnya, masukkan daun kesum
Note :
Cara yg sama jika saya masak dengan ikan tongkol hitam, cuma daun kesum tu saya tukarkan ke daun bawang yg dipotong anggaran 2 inci ..

Monday, May 25, 2009

UBI KENTANG GORENG SPECIAL


Ubi Kentang Goreng Special

Bahan2

1. Ubi Kentang
2. Udang Kering - ditumbuk
3. Telur - 2 biji
4. Lada Hitam - ditumbuk halus (serbuk)
5. 1 sudu kecil kunyit serbuk
6. Bawang Merah & Bawang Putih - dimayang halus
7. Minyak Masak
8. Daun bawang & sup - dipotong mengikut saiz yg dikehendaki

Cara2

1. Ubi kentang dibasuh bersih dengan kulit. Potong dua ubi kentang tersebut lalu direbus sampai empuk
(rebus dengan kulit). Masukkan sedikit garam. Setelah empuk, biarkan sejuk seketika.
2. Bila ubi kentang dah sejuk, kupas kulit. Potong mengikut size yg sesuai.
3. Panaskan minyak, masukkan bawang yg telah dimayang. Goreng kekuningan.
4. Masukkan udang kering, goreng sekejap.
5. Masukkan kunyit serbuk, kacau sampai rata.
6. Setelah nampak kesemua telah di kacau rata, masukkan
- garam secukup rasa
- pecahkan telur
6. Masukkan ubi kentang tadi, digaul rata dengan semua bahan.
7. Akhirnya sebelum diangkat taburkan serbuk lada hitam & taburkan daun bawang & sup.


Ubi Kentang goreng ini amat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi. Makan bersama sos tomato.

NASI AYAMKU


  1. Bersihkan ayam yg telah dipotong empat

  2. Masukkan sedikit air dlm periuk kukus dan kukus ayam yg telah dibersihkan tadi

  3. Setelah ayam nampak masak, asingkan ayam tadi.

  4. Blend-kan halia dan bawang putih.

  5. Perap ayam tadi dengan bahan 4, dengan kicap manis secukupnya, sos tiram dan sedikit minyak bija

  6. Ayam yg telah diperap boleh samada grill dlm oven atau digoreng cara deep fry

Penyediaan Nasi


  • Basuh beras bersih, buangkan airnya (toskannya)

  • Panaskan 2 sudu besar planta utk menumis :

  • - Bawang merah

  • - Bawang putih (lebih drp bwng merah)

  • - Halia

  • Masukkan air rebusan ayam secukupnya (utk beras) dlm tumisan, masukkan garam, biarkan melegak sekejap

  • Masukkan beras yg telah ditoskan

  • Tanak ia sama seperti menanak nasi..


Penyediaan Sup



  • Tumis bawang putih

  • Sedkit Halia (diketuk shj)

  • Masukkan lebihan air rebusan ayam. (lebihan dari air yg telah diambil utk nasi)


Sos Cili Nasi Ayam



  • Blender-kan cili merah

  • Campurkan dengan 1 sudu kecil cili mesin (cili kering yg telah dimesin)

  • Bawang putih

  • 1 sudu besar air perahan limau nipis atau cuka

  • Secubit garam

  • Tenggekkan sekejap diatas api (hendaklah sentiasa dikacau)